Thursday, November 25, 2010

:: tarappapa ::

status :
1. single ---> complicated ---> in relationship ---> engaged ---> married
2. married ---> complicated ---> single

status aku sekarang berada di tempat "complicated" no. 1 ^__^
akhirnya jawapan selama ini dah terjawab...aku tak bertepuk sebelah tangan
syukur kepada Yang Maha Pendengar yang telah perkenankan doa-doa aku selama ini
semoga hubungan kali ini lebih serious
amin~

Monday, November 15, 2010

:: SOLO ::

bahagia tengok kawan-kawan yang sama umur dah ada teman.kadang-kadang perasaan cemburu tu tetap ada.tapi hati selalu berkata "takpe fani,bukan masa kau lagi".
ya.memang masa untuk berteman tiada lagi.tapi sampai bila? ya.hanya Allah sahaja yang tahu.
mungkin Allah nak bagi pengajaran apa yang dah aku lakukan pada waktu lepas.aku terlalu agungkan cinta manusia sampaikan cinta kepada Allah aku abaikan.mungkin ini pengajaran yang Dia nak bagi dekat aku.mungkin juga Dia nak bagi ketenangan dekat aku. kalau inilah ujian yang Kau nak bagi dekat aku, aku terima seadanya ya Allah.

orang lain yang tiada teman boleh relax je tapi kenapa aku resah gelisah gundah gulana tiada teman? come on fani, cinta Allah lebih penting dari segala-galanya.penuhkan cinta Allah di dalam dada dulu insya Allah cinta yang datang akan diredhai-Nya.amin~


akusukadiatapiakutakutakubukanpilihanhatinya

Sunday, November 14, 2010

:: saya nak tapi saya takut ::

saya nak tegur awak tapi saya takut
saya takut disakiti lagi
walaupun awak tak tunjuk yang awak tak suka saya
tapi saya ada 6th sense tau
boleh agak awak suka ke tak
semalam awak dah tunjukkan yang awak memang tak suka
jadi saya dengan rendah dirinya menarik diri
terima kasih awak =)

:: cikgu!! ::

hari ni 14 november 2010 merupakan hari yang paling best sekali sebab...

1. abg ngah belanja kami sekeluarga dekat hotel.biasalah dah dapat kerja so kenalah belanja kan.esok2 time aku dah dapat keje aku plak kena blanja mereka semua ^__^

2. dapat jumpa cikgu2 sekolah rendah! itu paling tak disangkakan.cikgu norizan <---cikgu kelas masa aku darjah 1.nampak sama je macam dulu.tak ada perubahan langsung.mula2 macam tak nak tegur.tapi bila mata bertentang mata lepas tu terus turun ke hati maka berlakulah degupan jantung yang tak henti2.apakah maksud semua itu?*UITTTTT~* hahaha...tak2.cikgu norizan perempuan lah.sambung cerita balik.bila dah sama2 pandang cikgu tu pon senyum.dalam hati "alamak,cikgu ni ingat lagi ke?".pastu pergilah tegur siap cium tangan lg.huhu :p cikgu dah tak ingat aku tapi as a student yg pernah jadi student dia long long longggg times ago kenalah tegur.barulah nampak macam anak murid yang baik.hik3...so tak menyesal lah bertegur sapa ngn cikgu.daripada tak bertegur kan lagilah kang cikgu cakap apa.

nah ni gambar sy,kami dan cikgu norizan ^___^

ni time tahun 1995 (darjah 1)

Friday, November 5, 2010

:: mungkinkah? ::

malam terasa indah sejak ku mengenalmu
pagi semakin cerah bila ku mengingatmu
apakah yg ku rasa benar jatuh cinta
mungkinkah aku jatuh cinta padanya
mungkinkah aku jatuh hati padanya
hatiku rasa semakin rindu
naluri ini hanya untuk dirinya
sayang ini hanya untuk dirinya
oh Tuhan aku jatuh cinta
mungkin hanya cintamu
meluluhkan hatiku
apakah yang ku rasa benar jatuh cinta

:: blank ::

otak tgh blank,blur,dilema,dan seangkatan dengannya...
sejak akhir2 ni tak tau kenapa tiap2 malam mesti menangis...
risau pasal apa? fikir pasal apa? tak boleh nak jawab.sbb jawapan tak ada...
nak luahkan kat orang pon tak boleh.sbb xtau nak luahkan apa.
tapi still nak menangis.apa niiii???~
tak suka!!

Sunday, October 31, 2010

:: curiga ::

oh aku curiga.pada siapa?
kawan2? NOPE!
boyfriend? haha...HELL NO! boipren pon tarak

aku curiga pada mama ngn abah aku sendiri.hahaha.gila ah~ anak curiga kat mak ayah sendiri.tak masuk dek akal langsung.mana taknya...dalam masa 1 minggu ni dah 2 kali dorang keluar malam g dinner.tanya makan dengan siapa dorang jawab 'reunion'.reunion? sejak bila pulak mak ayah aku ni pandai ber reunion2 ni.selama 22 thn aku hidup tak pernah2 g dinner ngn kawan2 kat luar.mungkin pernah tapi tak adalah sekerap macam ni.okeh..aku curiga.dah macam dalam cerita drama la pulak.

kadang-kadang instinct ni betul.jangan mimpi ular malam tu jadi kenyataan sudah. kalau jadi betul2 macam mana? boleh menangis air mata darah tau tak. dok terbayang dalam kepala ni dorang macam ada hide something.kot2 lah jumpa kawan2 nak jodohkan anak dorang ngn anak kita.*whoaaa*...beranganlah fani...
tapi kalau yer pon bukan utk aku lah.utk abg ngah.plisss~

hati ni rasa tak sedap pulak.haishh~



thesis tak siap lagi sibuk dok blogging.abislah hang fan~

:: memory ::

3.6.2010 / 7:25:56 AM ^___^

nothing to say actually...i'm boring with the thesis~ say no to thesis!!!

:: .... ::

Ya Allah...
please show me the way...
please guide me to the right path till i find the way...
insya Allah...=)

:: thesis is crisis ::


ha..nah tu dia contoh-contoh thesis.tebal kan?nak tulis apa kat dalam tu?
hailaa...aku ni dah lah malas nak fikir-fikir ayat ni.bab tulis menulis,taip menaip memang aku suka.tapi bab fikir memikir ni ZERO! 1.11.2010 <---submission untuk 1st draft. dah start buat sikit-sikit.tapi nak menjadi bukit tu tak tau la bila.sebab tahap kemalasan sekarang ni adalah dalam 80%.banyak kan? hahaha...fani...hang ni nak pass ke nak fail ni? ha..jawab2.
esok-esok jangan nak menyesal yer.sebab time tu memang tak boleh nak patah balik dah masa tu...so LETS MOVE IT~

Saturday, October 30, 2010

:: 3 weeks left ::

3 WEEKS LEFT!!!!
(tulisan kena highlight di situ yer ;p)

apa yg 3 minggu tu? jeng jeng jeng~
tak sabar nak habiskan praktikal cepat2.3 minggu lagi. rasa-rasanya tak lama dah.tp within these 3 weeks mcm2 bnda nk kena buat.makin nak habis makin banyak pulak keje yang supervisor bagi.tak patut tau! huu T__T.

kenapa tak habiskan sampai cukup bulan?
TAK NAK!

sebab...

pertama : tak tahan dengan environment dia.asap2 rokok berleluasa di udara.dah berapa banyak titik hitam dalam hati pon tak tau lah...

kedua : nak lepak puas-puas kat rumah.nak main dengan anak2 comey (yela sgt kan.ntah2 terperap kat bilik 24 jam then on9 jek keje..hehe)

ketiga : nak join mama ngn abah g breakfast tiap2 pa
gi...wow~ sgt2 romantik..;p

keempat : nak DIET! hua3...

ok dah.tu jelah kot bt masa ni...

oohh..dear time..plis make it moves fast...plisssss~
saya sudah bosan!

p/s : sedang menghitung hari...yabedabeduuu!! ^___^

Thursday, October 14, 2010

:: stop feeling la dey! ::

i should stop playing with the feeling cuz i'm tired of being me...
i'm so oversensitive bout the heart feeling...
never ever be sure of it all...
i wanna be free,be new and be different...
noktah!

Sunday, October 10, 2010

:: here's a little heart for you ::

pagi ni try cari lagu baru dan terjumpa lagu yg sweet sangat-sangat daripada lenka. dia punya lagu mungkin tak berapa menarik tapi lirik dia sangat best.auuwwww~ i'm falling in love...!!

DON"T LET ME FALL

underneath the moon
underneath the stars
here's a little heart for you
up above the world
up above it all
here's a hand to hold on to

but if i should break
if i should fall away
what am i to do?

i need someone to take
a little of the weight
or i'll fall through

you're just the one that i've been waiting for
i'll give you all that i have
to give and more
but don't let me fall

take a little time
walk a little line
got the balance right

give a little love
gimme just enough
so that i can hang on tight

we'll be alright
i'll be by your side
i won't let you down

but i gotta know
no matter how things go
that you will be around

you'll be the one
that i'll love forever more
i'll be here holding you
high above it all

Saturday, October 9, 2010

:: today until the date line ::

focus more on thesis & degree project first. let 'something' puts aside.that's my promise.insya Allah~




bertahan!!!!

Friday, October 8, 2010

:: jodoh tu apa sebenarnya? ::


ada orang cakap..."kalau kita sayang kat orang tu walau sejauh mana orang tu pergi relakanlah dia pergi.kalau dia datang balik dekat kita maknanya dialah jodoh kita". betul ke? macam mana kalau bercinta bagai nak rak satu hari berpisah sebab orang ketiga lepas tu dia tak selesa dengan kekasih baru dia then dia datang balik kat kita.bukan ke itu macam main-mainkan kita ke? macam main tukar-tukar baju.bila rasa selesai,pakai.bila tak selesa campak merata-rata.bila dah tak ada baju nak pakai amik balik baju yang tak selesa tu.

dan...yang kita tahu,org ckp kalau itu jodoh kita bila kita bertentangan mata dgn org tu rasa berdegup jantung lain drp yg lain.mcm mana kalau degupan jantung tu sebab nervous? wallahua'lam...

ada seseorang bagitau bila ditanya soalan 'macam mana awk tau tu jodoh awk?'.dan tak berapa nak ingat apa yg dia jawab.tp ayat dia seakan berbunyi macam ni..."memang kita tak tahu siapa jodoh kita tapi bila kita dah jumpa seseorang tu kita kena berusaha untuk menjaga sesebuah perhubungan tu.....(pastu dah tak ingat apa yg dia bagitau...demm~)"

kesimpulannya....aku pon tak tahu apa yang aku tulis sebenarnya ni...hahaha...:D

:: pesan bonda ::


bonda pesan "esok-esok dah kahwin bila duduk rumah mertua jangan duduk dalam bilik je.kalau tak tahu masak takpe.at least tolong basuh pinggan dan sapu sampah.benda kecik pon mertua suka kalau menantu tolong kat dapur.ingat tu".baik bonda.anakanda akan sentiasa ingt pesanan bonda tu sampai bila-bila.insya Allah.walaupun anakanda ni tak kuat sangat pada agama,pakaian pon tunggang terbalik tak labuh macam orang lain tapi tanggungjawab anakanda pada Allah,bonda,ayahanda,org-org tua sentiasa anakanda titik beratkan =)

Thursday, October 7, 2010

:: dulu dan sekarang ::

dulu kereta idaman hanyalah...

sebab ia sangat-sangat comel dan cantik.body pun kecik je.kalau drive, kaki mmg sampai lah nak tekan minyak dan break.tapi sekarang ia dah tak ada dalam pasaran.sangat hampa,sedih dan kecewa.lepas tu minat pulak dekat si hensem ni...

sebab ia sangat menarik.body kecik.design lawa.tapi abah dah 'down'kan aku awal-awal dah.abah ckp jangan mimpi nak dapat kereta ni...ok.aku dah 'down'.pastu minat beralih pulak dengan si cantik ni ...

cantik kan? sesuai untuk wanita kan? ini pon sama sebab dia.kecik.senang nak handle.tapi mama pulak yg 'down'kan aku.kata mama jangan beranganlah.hanya dua perkataan tu je aku dah 'down'.FINE~


tapi kali ni aku memang nak si ayu ni.ini serious!~

kena dapatkan kereta ni sebelum kawin.WAJIB! nak guna duit sendiri.tak nak pinjam-pinjam drp parents.ini serious~
harga boleh tahan murah.murah tak murah sangatlah adalah dalam RM48,600.urghh~

-KERETA IDAMAN-MYVI LIMITED EDITION-


dah pandai memandu ke kak?

Wednesday, October 6, 2010

:: dan bila esok ::


di dalam hatiku selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah
bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencintai dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya



faham lirik ni? kalau anda seorang yg berjiwa lembut mesti anda faham.sy? sy fhm tapi tak dapat nak terangakan kat sini sebab ia sukar untuk diluahkan =')

Monday, October 4, 2010

:: music? ::


sebelum tidur aku nak bgtau something ni...
aku suka dgr lagu...serius suka sangat2...
aku suka hayati lirik dia.kebanyakan lagu2 tu yg berkaitan dengan perasaan...
kadang-kadang boleh nangis bila dengar lagu...
bila dah mula suka dengar lagu tu aku akan ulang balik lagu tu smpai bosan.even smpai seminggu pon asyik dgr lagu yg sama jek.tak tukar lagu lain dah.percaya tak? huhu...cayo jelah weii~

Sunday, October 3, 2010

:: aku.senyum.sendiri ::

♪♫ I’m a man who sits at his desk, So I guess I’ve got nothing to lose at this request, I want a girl who doesn’t like to dress to impress, A girl with a radio heart ♪♫ - 12 January 2010

macam terkena kat diri sendiri.huhu...*perasannnnn*
i want a GIRL who DOESN'T LIKE TO DRESS TO IMPRESS <---mmg suka pakai yg simple2 jek...*perasan lagi*
a GIRL with a RADIO HEART <---mmg suka dengar lagu *perasan dan perasan lagi*

tak salah untuk berperasan sendiri kan? asalkan hati manyak senang dan tenang =)

:: all about Y! ::

setiap hari aku dengan kau...
boleh kata 24 jam seminggu dengan kau...
tapi aku tak pernah bosan...
sebab ada dia.

bgn pagi2 celik jek mata pandang kau...nampak dia.aku suka.gembira.walaupun tak tegur.
bila tidur jarang sekali aku tekan "sign out" sbb ada dia.

tapi...
aku tak "available" pon...
aku selalu "invisible"...
aku hanya right click kat nama dia nampak "stealth setting" lepas tu "appear online to 'nama dia'"...haha...gila kan? aku tak taksub yer.
aku bukan pesakit mental yang terlalu taksub dengan nama cinta.
kesian kau.mesti kau penat kan.

aku berusaha untuk click "control panel" pastu click "program and features" pastu click "uninstall" kau.tapi aku tak boleh.sebab aku rasa tak tenang.gila kan aku?
aku dah menyusahkan dia.mungkin bagi dia tak.tapi bagi aku yer.

nak tunggu jawapan dia smpai tahun depan rasa lama gila.macam-macam boleh jadi.kan?
aku nak rehat.boleh? agak-agak kau,aku boleh ke rehat? macam tak je kan? aku ni tak reti nak jadi keras hati.maaflah.kalau reti pon hanya sekejap je.aku tak nak bukak kau sampai berbulan-bulan.agak2 kau dia cari aku tak? macam tak je.last2 aku jugak yang cari dia.gila kan aku?

aku nak cuba rehat boleh? tapi kalau dia tak cari aku,aku jugak yang merana.ish,aku memang dah gila.mesti dia rasa serabut.rimas.tapi kalau dia rasa semua tu kenapa dia tak click kat nama aku pastu pergi dekat "stealth setting" click jek "appear permanently offline to 'nama aku'".btol tak? okey..aku dah gila.dang!

aku kena berusaha untuk berehat.kesian kau.kesian jugak dekat dia.kau pon dah penat.aku cuba k? okeh..aku cuba.doakan aku semoga berjaya tau.chaiyok!!!~


syhhhh~ ni rahsia antara kita dua.....<---okey!!!! aku dah gilaaaaa~ uwaaaa :'(

Saturday, October 2, 2010

:: nafsu wanita ada banyak ::

satu hari nanti saya kena dapatkan semua ni! eh tak semua la...pilih dua jek.sama ada jam dengan cincin atau jam dengan gelang...
okeh...dah terbayang-bayang dah dalam kepala ni...
jenama swatch.agak2 kat KLCC tu ada tak semua ni?
tolong cakap ada...plissss~

kalau tak ada stock dah terpaksa lah pilih yg ni

tak pon yang ni

kalau tak ada jugak terpaksalah pilih yang ni


kepala dah fikir yg atas sekali tu.habislah~

:: jom kira dengan sempoa! ::

ayuh kita mengira...lagi dan lagi.
aku suka maths.suka hati lah nk kira berapa banyak kali pon.hehe.

jom menghitung hari jom~
korang sedar tak sekarang ni dah bulan oktober?dah nak dekat penghujung tahun dah.lagi 2 bulan jek 2010 nak melabuhkan tirai dia.pastu beli tirai baru yg agak moden sikit jenama 2011.*whoaa*.

meh kita kira berapa hari lagi yang tinggal utk kita berpraktikal...=)
bila dah di tolak tambah darab bahagi semua...praktikal hanya tinggal 47 hari tak termasuk sabtu dan ahad dan termasuk cuti deepavali dan juga raya haji.

sekarang jom kira hari nak habis belajar...
+-/x%...bla3....



ada lagi 218 hari lagi!!!! hoyeah2~

lepas habis belajar nak bt apa? kerja? ke lepak2 dulu sampai la convocation day? nak lepak2 smpai convocation day ada 5 bulan kot.amboi~ goyang kaki kat rumah lah nampaknya.

Thursday, September 30, 2010

:: pokok-pokok.batu-batu ::

kadang-kadang kita rasa sakit hati luahkan perasaan dekat manusia-manusia yang tak ada perasaan.lebih baik bercakap dengan pokok-pokok,tiang-tiang tak pon lagi comel cakap dengan kucing.

:: mode : empty ::

penah dgr lagu AKON - LONELY? haha...mestilah pernah.apa daa~ ha,tgh2 hati dok kosong sekarang ni meh kita layan lagu jiwang meh...feel soooo bad today! hati sedih nyah kau dari sini...syuh3!!!~

rupa2nya semalam bday dia.ingtkan hari ni.dang~ingtkan nk jd org yg pertama wish lah konon tp....ceit! jd org terakhir.pastu tak cakap "THANK YOU" pulak tu.hampeh sungguh.sabar jelah...tak appreciate apa yg org dah buat.

heip! tangan ni kalau tak tepuk dua2 belah tangan mestilah tak berbunyi kan? sama jugak macam hati.kalau dua2 hati tu tak berdegup mana nak bercantum hati tu.sudahlah...mimpi jelah di siang hari yer.malam2 mimpi hantu sudah.

okeh...nangislah selagi boleh nangis.esok2 kalau nyawa ni tak berfungsi tak boleh nak nangis dah.uwaaaaa!~ :'(

Sunday, September 26, 2010

:: mode : happy ♥ ::

perhatian kepada DUNIA! sy tengah gembira sekarang ni =)









sekian...

Thursday, September 23, 2010

:: thesis ::


thesis adalah segala-galanya sekarang...mama abah tak pernah dilupakan apa tah lagi kawan2...=)
oh ya dan paling penting Dia Yang Maha Esa yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah.syukur alhamdulillah.

bila sebut atau fikir pasal thesis hati rasa bahagia.semangat.berjiwa kental (oii...lebih2 plak).

1 november 2010 dah tak lama dah.1st draft nak kena submit.xmo bt keje last2 minit dah.kali ni kalau buat last2 minit mmg fail lah.3000 patah perkataan beb...boleh mati akal nk karang ayat.

apa2 pon selamatlah kita semua~ =)

:: kacak dan cantik dengar sini ::


kacak luar,kacak dalam,kacak dengar sini
kalau sy senyum awk mesti senyum sekali
kalau kita senyum semua orang berjangkit
bila semua org senyum dunia tiada penyakit

wanita hari ini jaga sensitiviti
kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

tuh boleh pon senyum.cantiknya gigi
10 markah penuh seharusnya kuberi
wanita hari ini harus pandai puji
kalau dia jual mahal boleh cuba ayat ini

cantik luar,cantik dalam,cantik dengar sini
kalau cantik senyum, cantik mesti cantik lagi
senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
kalau tak ada pon aku masih mahu cubit *gatai!*






:: bersemangat waja ::

mode : THESIS!!

Friday, September 17, 2010

:: journey ::

teringin rasa hati ni nak menjelajah negara2 di luar sana
makan angin dgn family,kawan2,yg tersayang *uhuk2*
nak main salji.nak pegang salji tanpa tangan dibaluti dengan sarung yg kepanasa...whoaa~
mesti salji tu cair kan? *of course lah!*
nk bt org snow *weehuu*
pastu nak tgk bunga2 yg cantik gle sangat2! (tu kat belanda la kot)
nak tgk pokok2 yg daun dia macam warna ala2 keemasan...fiuhh~ *autumn in my heart*
bestnyaaaaa~*hurmmm*

Thursday, September 16, 2010

:: thinking2 ::

trying to understand the meaning of velvet garden...hurmm~

:: hadirnya pelangi selepas hujan ::

copy paste from others~ ayat2 dia sangat best...2 thumbs up!

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba..dugaan dan ujian yang bertimpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. kadangkala kita terasa sendirian, saat terasa betapa kita dipinggirkan..dan tika kita menyangka sudah tidak ada apa yang lagi bernilai dalam kehidupan, yang kita lihat hanya jalan suram di hadapan..

Kita marah pada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan..kita menyalahkan takdir hitam, saat sendu airmata mengaburkan kewarasan.Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Yang kita nampak hanya jalan mudah untuk melepaskan, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian..
Pernahkah sekali kita fahami alam, mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kontang, hanya dari benih hitam yang kusam..lalu bila Dia sirami hujan,maka tersenyumlah alam..betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan, atau sinar mentari yang menyinari alam..mengapa harus ada putaran alam, seperti hitam malam dihiasi bintang..mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa, mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu..

Jawabnya SENANG..Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan,dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan..untuk mengecapi kebahagiaan perlu ada pengorbanan, setiap kesenangan akan ada bayaran..seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan, dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian..

Biar Pun Hujan Dalam Hati, Pasti Ada Pelangi Yang Menanti ;)

:: mari mengira lagi ::

ayuh kita menghitung hari berapa hari lagi kita akan menaiki tangga sampai ke menara gading....=)

1,2,3,4,5,6,7,8,9,...bla3...

untuk menghabiskan praktikal ni ada lagi 76 hari..hoyeah!!
untuk menghabiskan pelajaran sampai terlupusnya status sebagai seorang mahasiswi ada lagi 235 hari lagi...hoyeah sekali lagi! bravo2~

mari kita mencongak hari yang tinggal untuk sem 2 nanti...

*kira-kira*

159 hari!! ha ha ha...gumbiranya hati ni...nk grad dah...=)

raya tahun depan balik kampung makcik pakcik dah tak boleh tanya soalan2 seperti ini lagi....

"dah habis mengaji (belajar) ke?" atau...
"tinggal berapa tahun lagi nak habis?" atau...
"sekolah tingkatan berapa?" atau...soalan ni memang membuatkan aku seperti kanak-kanak berusia 6 tahun...
"sekolah darjah berapa?"

kalau dorang tanya soalan2 mcm ni lagi kat aku...aku nak jawab...

"dah abis blaja dah mokcik/pokcik.tunggu org nak masuk minang jek ni (sambil buat muka bodo)" ngah3! *nala punya gatai hang na*

selamat ber 'konvo' semua!!

Thursday, September 9, 2010

:: ~_~" ::

hati...
lupakan dia...
lupakan dia demi kepentingan diri sendiri...
dia dah banyak kecikkan hati...
sayangkan hati sendiri dulu...
please..............................................~

Sunday, August 29, 2010

:: izinkan aku...~ ::

Tuhan,izinkan aku meminta satu permintaan...
izinkan aku menjaga mereka sebelum mereka tutup mata...
izinkan aku membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap aku selama ini...
Tuhan,selama ini aku selalu mengeluh...
selama ini aku selalu tidak berpuas hati...
selama ini aku selalu merengek...
selama ini aku selalu merungut...
mereka? sedikit pon tidak berkata apa-apa...
Tuhan,sekali lagi aku meminta...
berilah aku peluang untuk menjaga mereka
sampai mereka tutup mata...
Tuhan,satu lagi permintaanku...
temukanlah aku dengan suami yang boleh menerima mereka seadanya...
kerana.........
aku sayang sangat pada mereka.......................

Saturday, August 28, 2010

:: jaga-jaga ::

...berusaha,doa dan tawakal...
lepas ni aku redha apa yg akan jadi
sebab ni jalan yg aku dah pilih
sekarang aku hanya tunggu jawapan,petunjuk dan pasrah






...aku bakal kehilangan seorang kawan...

Wednesday, August 25, 2010

:: saya suka =) ::

dari malam semalam bibir ni asyik senyum jek...
mungkin sbb suka?
hari2 macam ni kan best...
oh mungkin dah lama tak bertegur sapa
even 3 hari...
lama jugak kan?
nak senyum panjang-panjangggggg =))))))))))))) <---mcm ni boleh?






"rindu kat saya ke dey?"

Tuesday, August 24, 2010

:: menghitung hari ::


258 days to go!
tak sampai setahun lagi aku akan menggenggam segulung ijazah dan gelaran sebagai
Bachelor of Applied Art & Design major in Interior Design.weehuuu ^_^

terasa sekejap sangat masa berlalu.still ingat dan terngiang-ngiang lagi pengalaman dekat PLKN,then msuk matrik kat PJ pastu masuk main campus.dari 1st year sampai lah skang ni dah 4th year.dah final year rupanya aku ni.umur pon dah 22.ishk3..*sambil geleng2 kepala*

Tahun depan ada siapa2 yang nak hadiahkan bunga atau teddy bear tak? ;p
mak aku konfem takkan bagi.sebab awal2 lagi dia dah bagitau nanti dia bg pembalut gula2 hacks jek.tanda 'I LOVE U'.oh mama,mana lah dapat idea mcm 2?daripada iklan kah?*macam2*

ok back to the topic...lepas grad konfem nak keje terus.eh xyah tunggu grad lah.pas submit degree project mintak keje terus.simpan duit nk bg kat mak ayah sket,beli rumah,shopping2.nk beli kereta xreti nak drive plak.nilah hikmahnya xreti bwk kereta.xyah susah2 nk bayar ansuran kereta.huhu.paling koman pon bwk kancil atau kelisa lah.murah sket.kereta idaman tuuuu~ ;p

tapi..............................................





sebelum grad nk kena fulfill requirement dulu.nak kena siapkan thesis.nak kena siapkan degree project.dang~ hati tiba2 rasa sesak.mcm traffic jam. jumaat ni nk kena submit 3-5 proposals tapi 1 apa pon tak buat lagi.idea dah ada dah.cuma tangan ni tak nak tekan microsoft office words plak.hampeh btol.tapi nasib baik ada ras.bnyk bantu selok belok mcm mana nk bt thesis ni.thanks laling! =)

so,skang....dah pukul 12.30 tgh malam.tunggu apa lagi...thesis jom!
thesis dalam mimpi.mahu tido dulu.esok baru bertungkus lumus siapkan.memandangkan mlm ni aku sangat happy.semoga esok lagi happy.maka bersemangatlah aku utk membuat thesis pada esok hari....nite2! =)
gud luck u all >.<

Sunday, August 22, 2010

:: ayam terbang! ::

ada satu ketika lebih kurang pada pukul 2.30 petang,bas rapid KL yg menuju ke sogo,chow kit road,masjid jamek dan sebagainya melepasi sekolah menengah teknik gombak.tiba-tiba :

ras : eh fan! ada accident ke kat depan tu?

aku pon berdiri lah sket nak tengok kat depan tu apa yang jadi.nampak mamat motor sambil pakai helmet tersenyum2 kat atas jalan raya...bas pon gerak slow2 melepasi mamat motor ni tadi.aku dah nampak dah die pegang dulang.apahal lak mamat ni pegang dulang sambil senyum2 kambing...

ras : fan! udang dia jatuh....
aku : bukan udang lah ras.ayam!
ras : eh eh..ayam ek? nampak mcm udang.kesiannya dia.ayam jatuh.mesti nak bukak gerai kat bazar tu.jatuh semua pulak tu.
aku : a'ah lah..kesian dia.bukan senang nk perap ayam tu.amik masa berjam2.

kitorang bertafakur kejap dalam masa seminit.masing2 kesian tgk pakcik tu.
harap2 esok rezeki dia mencurah-curah.amin~ =)

Saturday, August 21, 2010

:: put your hands up! ::

should i surrender?
yezza...u should surrender...
sudah2 lah tu...
Allah dah bagi petunjuk dah pon...
dijauhkan kamu dengan dia...
so tunggu apa lagi...
give up jelah...

:: last bebel for tonight ::

suka pulak taip-menaip ni...okey2..ini last bebel saya utk malam ni.promise!



"love is one big illusion. i should try to forget but there's something left in my head"




selamat bersahur ya!

:: mari kita bebel lagi ::

dah beberapa kali ulang lagu
'take me to your heart by michael learns to rock'
dan dah beberapa kali jugak memahami lirik lagu dia...
lirik lagu sangat best...sangat2 menjiwai perasaan sekarang ni...*haha*

antara lirik2 dia yang sangat suka didengar...

hiding from the rain and snow...
trying to forget but i wont let go...
looking at the crowded street...
listening to my own heart beat...

so many people...
all around the world...
tell me where do i find someone like u girl...*okey,girl change to boy*

take me to your heart...
take me to your soul...
give me your hand before i'm old...

okeh...cukup2...nak dekat pukul 3 pagi.still dok bebel.jiwang pon dah datang.tido2 lah yer...gudnite~

-i love music-
-u make me wanna sing-

:: jam 2 pagi ::

hati : sekarang dah nak masuk pukul 2 pagi dah cik fani oi...kenapa tak tidur2 lagi ni?
myself : entah...tak boleh nak tido.tak boleh nak lelapkan mata even badan ni rasa penat sangat 1 hari duduk kat ofis.
hati : apa yang awk fikirkan tu?
myself : entahlah kan...fikir pasal masa depan kot.
hati : kerjaya?
myself : sikit2.tapi fikir more to.....kenapa Allah tak bagi kebahagiaan kat saya lagi?
hati : kebahagiaan macam mana tu?
myself : u know what i'm thinking lah hati.u know urself...
hati : tak faham...
myself : u feel empty without someone kan hati? honestly answer my question...
hati : yup! dalam hati ni ada taman.dah ada bunga.cantik sangat2.tapi tak ada seekor kumbang pon yang hinggap.why ek fani?
myself : donno...(~.~') *crying*.maybe Allah tak nak tunjukkan taman tu kat mana2 kumbang lagi kot.takut nanti madu kat bunga habis.
hati : do u like some1?
myself : yup!
hati : does he know bout ur feeling?
myself : nope! takut nak bagitau...tapi kalau dia baca ni dia tau la kot.
hati : u know what fani...kalau tak bagitau macam mana dia nak tau ur feeling kat die.kadang2 kita berhak nak bagitau feeling kita kat orang yang kita suka.tak per biar malu as long as he knows ur feeling n u will feel better.
myself : tak nak...tak da kudrat lagi nak bagitau.lagi pon dah tunjuk hint kat dia tapi dia tak faham2 bahasa.u know what hati? rambut dia da mcm trojan.tak suka sangat style dia.tapi tak tau kenapa still suka dia.err...hati...awk tak rasa pelik ke?
hati : pelik gak...dan saya sangat confuse dengan diri sndiri sekarang ni.
myself : haha...kita tak desperate kan hati?
hati : hik3..nope lah fani.masing2 ada hak nak dapat kebahagiaan sendiri.
myself : haih hati....bila nak berakhir ni? huhu....
hati : wallahua'lam...percaya Allah lakukan semua ni ada hikmahnya.
myself : *crying* ='(

Wednesday, August 18, 2010

:: sroot2 ::

dah 2 hari 2 malam dah idung dok sroot2 nih...nyampah lak dengar.ni semalam punye kes lah ni.stay back kat opis.bukak posa kat opis.beli juadah berbuka kat bazar.tgh2 hujan lebat tu redah jelah g beli.bos blanja budak2 praktikal rm20 suruh beli buah-buahan.tapi kami ingkar.kami degil.kami tak beli buah-buahan pon.tapi beli murtabak singapore rm8.bayangkan rm8 besar die macam mana.rm2 beli karipap.rm10 lagi beli 10 ketul ayam kepak bermadu.last2 mmg tak habis.cik tong jugak yg kenyang makan free.

nak bernafas pon tak bleh.nk tdo pon tak boleh.rasa mcm nyawa di hujung tanduk jek.*ewah2*
demam? mungkin kot.tak tau demam tu macam mana.ubat? erm...blum makan lagi.td mama dah bg ubat selesema soh telan 2 biji tapi malas punya pasal hold on dulu.esok sahur baru makan.
td siang tuan supervisor tegur..."ang tak sihat ke?" waaa...pak yus sangat ambil berat.tau2 jek sakit.huhu...terharu...*sob2*

semoga esok sudah sihat.selesema mungkin dah baik esok.tapi wabak batuk akan melanda.dang~

:: phewit! ::

~_~" sudah pulang!
hooray~

Sunday, August 15, 2010

:: hey you! ::

miss the talks we used to have,the chat i used to type,miss reading ur crazy but cool stories and etc.and do u know all of these?nahhh guess no. i know u've been bz and i have things to do too.we haven't talk for some time and wonder if everything's fine.i have other stuff in ma mind.and sure u have too.but sorry to say,i have to tell u this 'pakcik' even u will say 'nyampahnye aku!'...seriously miss u ma fren.almost 2 weeks okeh...duhhh~i remember ur last word...'jangan mengada-ngada'...bukan tu yg sy nak lah! at least ckp lah 'take care' or 'gudluck' like u said those words to me before..ngeng lah 'pakcik' ni.nasib baik ada inbox tau (~.~')
waiting 4 ur beautiful trip photos.




p/s : wondering if 1 day he read this,he might be ignoring me...wuwuwu T___T *nyampah lah katakan*

:: anda yang tidak bernama ::

eip anda!
yes anda ~_~"
bila mau pulang dari bercuti ha?
tak da siapa yang saya boleh buli dan dibuli...(~.~')

tapi kalau anda pulang pon confirm anda tidak akan tegur saya dulu kan?

whatever~
yg penting anda pulang!



baca msj dlm inbox bnyk kali dah ni...tp tak jemu-jemu
adoi~

:: rock kapak ::

dah lama tahu kewujudan mereka sejak 90-an lagi.ingatkan dorang ni btol2 rock.sbb tu tak minat nak dengar lagu dorang.rupa2nya tidak.mereka berjiwa sentimental rupanya.sy mula jatuh cinta pada lagu2 mereka.bila? baruuuuu jek pagi tadi.padahal lagu2 tu dah wujud since 10 years ago *maybe*...dorang ni serupa jek mcm band westlife,911,A1,five,backstreet boys.oh rindu gle band waktu zaman skolah dlu.sekarang semuanya hampeh.lagu jiwang sangat! mesti korang nak tau kan nama band rock kapak ni.huhu...jeng3~

MICHAEL LEARNS TO ROCK!!!

ni antara 2 lagu feveret yang baru dengar tadi...

take me to your heart

you took my heart away


dua2 lagu ada perkataan 'heart'..so phm2 lah yer.once kalau jiwang tu dh dtg dlm diri mmg semua lagu berkaitan dengan hati dan perasaan jugak lah...^_^

Saturday, August 14, 2010

:: mak bapak jenis apa korang ni? ::

KEHEBATAN CINTA 14 FEB
(diadaptasikan drp bentuk video kepada tulisan-copy paste from others)

Bu adik nak tanya...
Tapi rasanya ibu takkan mampu nak jawab...

Ibu ingat 14 FEB tak? Malam tu ibu ada janji temu. Ibu jumpa jejaka tu. Ibu kata dia cintakan ibu. Betul ke bu? Dia puji dan puja ibu,rayu dan belai ibu.
Dia kata cinta dia hanya untuk ibu. Betul ke bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya.
Ibu terbuai dalam bicaranya.
Ibu terlena oleh bisikannya.

Betul ke bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu,sentuh jasad ibu.
Ibu puas dapat buktikan cinta ibu macam dia kata...mahu bukti cinta dari ibu.
Tapi...
hari ni lepas 9 bulan pohon yang ibu dan lelaki tu tanam dah membuahkan hasil.
hari ni buah cinta kalian telah terzahir.
hari ni bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir.

Betul ke bu? tapi kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Mana dia dah pergi tak azankan kami?
Kenapa ibu pun benci kami? sedangkan inilah semaian tanda cinta ibu dan dia.
Kenapa kami jadi macam ni bu?


Kenapa bu?
Tak terasa sakit dan perit ke? Tak berbakikah kasih sayang dan tidak lagikah ibu berTuhan?
Betul ke bu? adik cuma nak tanya ibu je...

...renung-renungkanlah...

Hari ni dah tak sama macam dulu-dulu.aku rindu zaman aku kecik-kecik dulu.nak dengar kes penculikan pun susah ini kan plak kes rogol.sekarang kita dah tak selamat.dunia ni penuh dengan dosa-dosa kita.sedih tgk video pasal pembuangan anak ni.mak bapak jenis apa dorang ni?sanggup buang anak sendiri demi nak tutup salah masing2.dulu masa buat jahat tak terpikir plak pasal malu dan maruah.alhamdulillah aku masih terselamat daripada godaan nafsu syaitan ni.semoga dapat menginsafkan diri dan org lain.


:: baru ::

hoyeah! akhirnya siap jugak design blog ni...cantik tak cantik tak? *sambil tepuk2 tangan* ^_^
hari ni terlalu bosan sampai xtau nak buat apa maka dipercantikkan lagi blog ini...=)

untuk memeriahkan lagi blog ni ditambahkan sedikit tulisan warna-warni *whoaa*

selama setahun bt blog hr ni baru tau mcm mana nk buat tulisan warna-warni...
thanks to nur hidayah mangsor sbb bg tunjuk ajar walaupun senang nak buat ibarat kacang mak enon jek.
hampeh punye fani.bnda mcm ni pon xtau nak buat *dush3*

nama blog ni still lagi dengan nama yg dulu2...tadaaa~
...BUTTERFLY WISHES
...

Thursday, August 12, 2010

:: rumput cantik ^_^ ::

:: ramadhan datang lagi =) ::

ahlan wasahlan ya ramadhan...
syukur alhamdulillah thn ni aku dapat berpuasa dlm bln ramadhan lagi skali.korang pernah terfikir tak andai kata ramadhan kali ni ramadhan utk kali terakhir korang nikmati?tiba2 terdetik satu perasaan yg menimbulkan pertanyaan mcm mana ek andai kata thn ni thn terakhir aku berpuasa di bulan ramadhan?mcm mana kalau raya aidilfitri thn ni thn terakhir aku merayakannya?semoga puasa kali ni aku hayati betul2.tak nak tinggalkan solat terawikh.tak nak lupakan Allah.kalau boleh nak baca al-quran tiap2 hari.

pnah aku terdengar org tanya "kenapa ek bulan puasa ni lah orang tak nak buat jahat,tak nak pakai seksi2,nak bt baik jek? bulan2 lain xbleh buat baik ke?".aku pon pnah jugak pikir macam tu.kenapa bulan2 lain tak nak buat baik macam kita berazam utk menjadi baik pada bulan ramadhan?pikir punya pikir aku dapat mencari jawapan.bulan ramadhan kan semua syaitan kena ikat.so tak ada siapa yang menghasut kita utk berbuat jahat.tak ada siapa yang boleh suruh kita buat jahat.kalau tak ada siapa2 yang boleh hasut kita buat jahat tapi kita tetap buat jahat maka tu semua bukan hasutan drp syaitan tapi sebab iman kita tak teguh,iman kita tak kuat.so,bulan ramadhan ni lah nak uji tahap kejahatan dan kebaikan yang kita buat.peringatan utk korang dan utk diri sendiri jugak...once kalau ada terdetik nak buat jahat sentiasa ingat ini bukan hasutan drp syaitan sebab dorang dah kena ikat.so siapa yg hasut kte? diri kita sendiri yg hasut kita nak tgk iman kita kuat tahap mana.

sentiasa ingatkan diri sendiri "andai kata ramadhan thn ni ramadhan yg terakhir aku berpuasa....".nak tunggu next ramadhan lambat lagi.ada lagi setahun nak tunggu.dlm masa setahun tu macam2 boleh jadi.nyawa kita bila2 masa jek Allah boleh ambil balik.maybe xyah tunggu smpai thn depan.entah2 puasa ramadhan tahun ni pon tak sempat nak abiskan smpai 30 hari.nauzubillah...semoga Allah bagi peluang kat aku untuk bertaubat.

Monday, August 2, 2010

:: saja suka2 ::

hr tu ada terbaca 1 artikel dekat dalam majalah remaja pasal kes apa ntah.xingat.tp itu bukan topik utama kat sini.tengah2 baca tu ternampak 1 perkataan atau 2 *mungkin?* sebagai pendorong untuk tidak akan terus berputus asa.cewah! >.<

ayat tu berbunyi macam ni...*pasang telinga cepat*

setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan.tetapi setiap perpisahan itu akan membawa kepada sesuatu pertemuan.tiada perpisahan maka tiadalah pertemuan.

okey...3 perkataan.dan okey juga mungkin anda sudah membaca di mana2 =p

Tuesday, July 20, 2010

:: talk to the hand! ::

berputus harapanlah pada 'benda' yg belum pasti dan mungkin tidak akan menjadi hak milik diri sendiri sebelum hati terluka dan sedih...
walaupun rindu dtg tiba2 tapi kalau 'dia' bukan utk dimiliki berserahlah hati ni pada Tuhan Yang Esa...

Friday, July 9, 2010

:: mutiara kata 1 ::

seandainya kita dicipta untuk menjadi satu...

pasti suatu ketika kita akan bertemu...

seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu...

walau dekat selalu kau tidak akan menjadi kepunyaanku =)

:: love this song >.< ::

berpisah kerana Allah...syukur kerana Allah masih sayangkan aku.syukur kerana Allah telah menunjukkan aku jalan yg betul.syukur kerana aku masih belum tersasar jauh dr landasan yang diberikan oleh-Nya...

kita memang harus berpisah untuk menjaga diri utk mengharungi hidup dalam redha Ilahi...=)

Wednesday, July 7, 2010

:: untuk renungan bersama part 2 ::

surat buat wanita Islam daripada lelaki mukmin sejati =)

ratuku...
ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah.
kebimbanganku ini masih menebal apabila kudengar dengungan kumbang perosak yg cuba menyedut madumu walau tanpa relamu.
kebimbanganku bertambah lagi bila kumelihat bunga yang tak segan silu melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku, kerana apa yang kulihat hari ini semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh.
bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara safa dan marwa.
bukan juga sesetia Ainul Mardhiya menanti kekasih di pintu syurga.
akuilah hakikat yang tersurat bahawa engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah.engkau bukan A'ishah bukan juga Rabi'atul Adawiyyah wanita suci terpuji.
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa.
cukuplah sekadar kau ciba mencontohi bunga-bunga itu.
kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga.
jangan kau risau ratuku.kadangkala musim berganti.sehingga bunga tak dapat berkembang mekar.tapi itu hanya ujian buatmu.
esok musim bunga pasti akan tiba dan kau akan mampu berkembang lagi.
cuma yang kuharapkan ketika itu kau jaga kelopakmu itu jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi.
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu.jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu.kerana kau ratu idaman kalbu.
aku bukanlah memandang kecantikanmu walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya tapi bukan itu yang ku harapkan.
aku yakin masih ada sinar harapan yang akan membuatku tersenyum lega kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu.


petikan daripada youtube~

:: untuk renungan bersama part 1 ::

pagi tadi masa tgh cari zikir lazim kat youtube tiba2 terkeluar tajuk "jika aku jatuh cinta" dekat list tepi youtube tu.aku pon try lah bukak.aku tgk,lihat dan baca smpai habis bait2 kata yg ada kat situ.sangat menyentuh perasaan.dah lama aku tak tgk doa2 macam tu.utk renungan kita bersama,kat sini aku tulis balik bait2 kata yg murni tu.atau mungkin lebih sesuai dipanggil sebagai satu doa..renungkan dan selamat beramal~

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu,

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu,

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirMu,

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu,

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,

Amin Ya Rabbalalamin~

Monday, July 5, 2010

:: rehat ::

dah sampai masanya aku perlu berehat...








aku dah penat...letih dgn segala benda....

Sunday, July 4, 2010

:: jauhkan mereka daripa aku ::

dulu dia hadir bila aku tak perlukannya di sisi...
dulu tanpa dia aku boleh hidup dengan baik...

tapi sekarang,bila aku perlukannya...dia hilang.
seolah-olah mahu menjauhkan diri...
kenapa kaum ini suka bermain dengan perasaan?
bila nak mereka datang...
bila tak nak mereka pulaukan kami...

adakah mereka dijadikan seperti begitu?
atau aku yang terlalu taksub dengan cinta?

oh Tuhan...sungguh hebat ujian-Mu keatas ku...
bila akan berakhir perasaan seperti ini?

alangkah bagusnya kalau aku menangis setiap malam kerana Mu ya Allah...
alangkah bagusnya kalau hati ni sentiasa cinta pada Mu ya Allah...
dan alangkah bagusnya jika aku sentiasa ingat pada Mu ya Allah...

dan aku memohon kepada Mu ya Allah...
jauhkanlah mereka daripada aku...
dan jauhkanlah aku daripada mereka...

kuatkanlah iman ku...
keraskanlah hati ku bila dia hadir menegurku...
sesungguhnya aku tak mahu terus disakiti...
aku tak mahu terus menangis kerana sang lelaki yang tidak tahu menghargai seorang perempuan...

hanya satu soalan yang ingin ku tujukan kepada Mu ya Allah...

bila akan berakhirnya ujian seperti ini terhadap ku?

Saturday, July 3, 2010

:: tak habis2 nak menyusahkan orang ::

aku ni mmg suka nyusahkan org lah...
sebab aku org lain dapat malu...
urgh~




maaf pada yg berkenaan...
ada hikmahnya jd mcm ni...
kuiz2 yg disiarkan di laman2 web semuanya dusta belaka!


no more quizzes afta dis...NOKTAH!

:: berubah menjadi yg lebih baik ::

aku ingin berubah menjadi yg lebih baik...
seperti seorang muslimah yg solehah mungkin?
jgn slh paham...bukan terus berubah drp pakai baju-T dan seluar ke jubah.bukanlah terus menukar dr tudung segi tiga ke tudung labuh.hati ni belum terbukak lagi utk ke arah itu.perlahan-lahan kita kayuh k =)

apa yg dimaksudkan berubah menjadi yang lebih baik ialah...

first skali...solat kena jaga.
second...bnyk kan amalan2 yg Rasulullah SAW selalu buat.
third...hormat mak ayah,adik beradik,org lain.
seterusnya...jaga pergaulan dengan kawan2.
dan jadilah matang.matang dr segi pemikiran,fizikal.jgn kuat melenting.dengar nasihat yg diberikan.insya Allah ;)

:: kenapa? ::

aku selalu tertanya-tanya...kenapa org yg baru putus cinta tak sampai setahun even sebulan boleh dapat pengganti lain? senang sgt ke hati kita ni bagi kat org lain yg sudah semestinya belum tentu hati kita milik dia?bercinta bagai nak rak bertahun-tahun tp putus di tengah jalan.lepas tu cari pengganti lain.tak ikhlas ke cinta yang dia bagi kat pasangan dia sebelum ni? janji nak sehidup semati.janji nak jadikan dia sebagai suami atau isteri.janji nak bina mahligai indah.bina harapan nak berapa anak.kalau dah syg cinta semuanya indah.yang perangai buruk pon dianggap baik.mudah kan bagi dorang bg kasih syg sesuka hati?macam tukar baju pon ada gak.kalau nak,die pakai.kalau tak nak,campak jek baju tu sesuka hati.tak pon sedekahkan kat orang lain.

dan kenapa plak ada yang putus cinta smpai betahun-tahun pon tak dapat pengganti lagi?adakah die btol2 syg,cinta dan setia pada pasangan die sebelum ni? mungkin ya.peratus kebenaran dlm 80%.lagi 20% mungkin die dah tak percaya pada lelaki?mungkin dia dah serik utk bercinta?

yang dah lama hidup single semestinya takut utk bercinta lagi sbb adanya makhluk2 yang tak hargai dengan kehadiran mereka di sisi.takut dikecewakan sekali lagi mungkin?tapi...dlm diri mereka ada keinginan utk mencari pasangan.siapa yang tak nak diberi kasih sayang dan memberi kasih syg kepada org lain?semua orang nak.cuma mereka bukanlah jenis yang suka bg hati dia sesuka hati kat orang lain.hati ni hanya utk org yg layak menerima sahaja.cuma kita tak tahu bila dan siapa akan hadirnya org yg istimewa yang akan memiliki hati kita yg tulus ikhlas ni.sungguh istimewa kan orang tu?

dan...ada hikmahnya bila seseorang yang belum mendapat pasangan hidup lagi.antaranya...Allah syg sgt dekat hamba Dia.Dia nak memelihara umatNya dari dibelenggu dosa.bila bercinta,kita rasa dunia ni milik kita.apa yang kita buat dengan pasangan,kita dah tak nampak orang lain.nak dapatkan cinta yg diredhai Allah sangat2 susah.maka,eloklah jika kita bercinta selepas berkahwin.tapi tu pon susah jgk.dunia sebenar dan dunia novel sgt2 berbeza.novel kita dah tahu pengakhiran cerita dia.tp dunia yg hakiki ni ada yg smpai berpuluh2 tahun baru jumpa pengakhiran yg gembira.

dan...aku tertanya-tanya...apa cerita pengakhiran aku nanti?sedih ke? gembira ke? dan aku tak tahu apa yang Allah akan uji aku nanti.wallahu'alam...






untuk seseorang yang sy belum tahu siapa yg akan menjadi org yg sangat2 istimewa dalam diri sy...

"You`ve opened my heart...I was always thinking that love was wrong...But everything was changed when you came along...i pray we are together in jannah"
=)

Saturday, June 26, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life

1st time dgr lagu ni sgt merdu dan mksud die sgt dalam...sesuai utk lelaki yg sangat2 menghargai kewujudan wanita sebagai pasangan hidup dia...
if this song is singing by women, the lyric will be like this...

"...You`re my husband and my friend and my strength..."

hik3 >.<

:: posto-posto ::

just one word for now...alhamdulillah...
syukur sangat2 sebab dipermudahkan segala urusanku selama seminggu aku menjadi seorang trainee...=)
mungkin mama abah doakan kejayaan anakanda mereka di depan kaabah utk dipermudahkan segala2nya? oh,aku sangat terharu =(

semalam msj mama..."salam,ma...doakan fani depan kaabah supaya dapat jodoh yg baik2 ;)"...mama reply "mama&abah dah doa.fani balik kul berapa?seronok ka kerja? selalu ka balik lambat?"...kalau lah mereka boleh dengar suara hati ni mereka akan tahu yg anakanda mereka ni sgt2 bersyukur dengan apa yg anakanda mereka dpt sekarang.

alhamdulillah,aku dpt company yg sangat2 best(bagi akulah...xtau lah org lain mcm mana)...dpt supervisor yg sgt cool,kwn2 yg sgt sporting,staff2 yg dah mcm abg dan kakak sendiri.surrounding die? boleh lah...cuma dorang ni kuat smoking.1st day masuk mcm terkejut gak dorang boleh smoking sesuka hati(mmg aku ni senang nak dpt penyakit lah nanti...xmo mati awal!!).but then,2nd day tu dah tau sikit2 mcm mana perangai sorang2.huhu...company ni sebijik mcm suasana kat studio.boleh msuk opis suka2 hati.balik pon suka2 hati.mksud aku lepas office hour la..ada yg smpai tido kat opis.

day 4...supervisor dah ajak g site.ms lunch siap boleh jalan2 g CM lagi.huhu..oh sportingnya.oh,lupa nk bgtau.aku praktikal sekali dengan yun.tp agak susah nk jumpa die.sbb ktorang duduk kat area yg berbeza.yun dah terer 3d so di tempatkan di kalangan2 org yg agak terer (nway,aku xtau lah apa nama bahagian tu)...
ada gak sembang ngn senior kat situ(xdalah senior mana pon.umo die bru 21thn)..die ckp,ms mula2 praktikal kat situ die langsung xtau pasal 3d.tp supervisor akan ajar.mula2 aku dengar die ckp macam tu...hanya Tuhan jelah yg tahu apa perasaan aku time 2...=)

p/s : semoga dipermudahkan segala urusanku ya Allah...amin~

Sunday, June 20, 2010

:: trainee ::

esok 21 JUN 2010 maka bergelarlah aku seorang 'trainee'.
nervous sentiasa ada.tak pernah nak berhenti.
dunia pekerjaan dengan blaja jauh berbeza.aku pasti.
semoga esok semuanya berjalan dengan lancar.amin.

Wednesday, June 16, 2010

:: at-10-tion! ::

my favorite cake... my favorite cookie...my favorite chocolate...nyum2 ^o^



p/s - esok2 kalau nk bagi hadiah...bagi hadiah ni je tau...xperlu bunga2..sbb sy xsuka bunga...harap maklum~ =)

Sunday, June 6, 2010

:: jun 2009 dalam sejarah ::

HAPPY ANNIVERSARY TO ME!!!

selamat ulangtahun perpisahan yg pertama utk aku...hoyeah2!! kejapnye masa berlalu.tup2 nk dkat setahun aku idup menjanda.21 jun 2009 maka termaktub lah dlm idup aku berpisah dengan mr.A.sepanjang bulan jun mmg idup aku porak peranda.xsenang duduk.ada jek bnda nak gaduh.and aku admit sumer berlaku mmg ada hikmahnya.syukur sangat2 sbb Allah bagi aku jalan utk keluar drp semua masalah tu.masa mula2 putus dlu mmg lah sedih.sedih gle2 smpai makan pon x lalu.berat badan pon trun ngn mendadak.tapi lama2 sumernye berjalan ngn smoothly.kwn2 la bnyk membantu time 2.n now,i'm very2 grateful sebab berpisah dengan mr.A.skang ni idup aku lebih teratur.n aku realize kwn2 lg penting drp bf.well done fani!! =)


"Allah bg kte berjumpa dengan org yg salah sebelum di pertemukan dengan org yg btul".

Friday, June 4, 2010

:: penilaian ::

aku ada tanya soalan kepada beberapa kawan aku yg kenal rapat dengan aku..soalannya ialah..'apa pendapat ko pasal aku?'..dan ini adalah antara jawapan2 mereka...=)

"ang ni budak baik.sopan santun.sengal n blur tu yang jadi baik.kadang lembap tu benggang jugak.tapi tu yang bole jadi klaka.mmg funny lah.lagi ang ni cepat glabah.kuat nangis.hik2.tapi pendapat cek ang mmg farhani la :) gud to have u ^__^"

"fani ni inesen, kelakar, nampak ala2 nenek (haha), seorang yang senang nak borak n tak kekok klu berdua2 je. dan kadang2 mcm blurr (ala2 kd..haha) tapi slalu wat aku tergelak. cool~!"

"fani hati lembut... mudah tersentuh.. sensitip... ade gak ciri2 romantik (kd baca rama2)... fani suke tepuk2 org (pompuan je la) kalo tgh bercakap... and kalo fani senyum atau gelak gile2.. kd dah x nmpk mata fani... terus tutup... hahaha~"

"hurm~jwpn jujur tulus ikhlas,fani seorg yg comey (pengesahan dr pakar kecomelan), cemerkap (btulkan if im wrong), jns yg bila syg sorg,syg gila2 n mnghrap (bhya nih tp rsa skrg x dh), rcau psl jodOh, sng msuk dgn sesiapa~"

and last but not least...

"aku tak suka puji lebih2, tak elok untuk kau, tapi kau aku rasa sedikit gatal nak kahwin"

terima kasih kwn-kwn sebab menjawab soalan...=)

okey...nak tau tak sbb apa aku tanya soalan2 mcm ni? sebab hanya kwn2 jelah yg tau perangai kte macam mana sebab kte xbleh nak nilai diri kita sendiri.yg mana yg perangai buruk tu kte boleh ubah jadi yg baik.yang perangai baik tu kte kekalkan.tp ingat,jgn taksub,bangga diri sebab akan memakan diri sendiri...=)

1)blurr,lembap,kuat gelabah,nampak mcm ala2 nenek *erk?*,mudah tersentuh,sensitip...ok,ni antara perangai buruk aku..huhu..da ada 2 org ckp aku blurr..huhu(agak2 boleh ubah tak perangai blurr ni?aduhh)...n i'm quiet gelabah and very sensitive person(mmg pon...hehe)

2)dan ada someone yg ckp aku ni gatal nak kawin...*huh?*.knape die ckp aku gatal nak kawin? sebab die bc this rama2,bc status kat fb atau aku pernah bgtau nk kawin awal? hurm...*thinking*.nway,aku bukannye gatal nak kawin...kalau perangai atau kata2 aku ke arah nk kawin awal,tu hanyalah impian.dah nama pon butterfly wishes.setiap org ada impian masing2.n one more thing,aku suka bermimpi(dream).jgn tanya kenapa.huhu...
and maybe aku boleh kurangkan sikit kata-kata yg terjerumus ke arah perkahwinan lepas ni...=)..hihihi...=p

Monday, May 31, 2010

:: ??? ::

hati tiba-tiba berdebar-debar bila dia tanya soalan tu...
mata ini tiba-tiba rasa panas...
kenapa? terasa mahu menangis ke?
kenapa tiba-tiba nak menangis bila dia tanya soalan macam tu?
terasa tidak layakkah? (mungkin)
dan kenapa dia tanya soalan macam tu? (keliru)
dan kenapa tiba-tiba dia terus nak berhentikan perbualan?
malu kerana soalannya tidak dijawab? atau aku tersalah jawab? atau mungkin sebab aku tidak layak? hurm...
ya Allah...berikanlah aku petunjuk.sesungguhnya hidup ini terlalu sukar untuk membuat keputusan...oh bukan sebab terlalu sukar tetapi terlalu keliru untuk mendapatkan jawapan...sekarang...aku yang malu...

tulah fani..g bt statement yg menjeratkan diri sendiri siapa suruh..serius,nak campak mana muka ni...urghh~

:: i'm a bad girl ::

ahha..ni bkn ayat emo okeh..
just nk meluahkan perasaan 'teruk gle aku!'..huhu
baca2 balik post kat bwh ni serius btol lah...teruk gle aku...emo x abis2...
aku mcm ni lah..if ada yg tak puas hati aku lagi suka meluahkan perasaan melalui tulisan..pastu bila dah okey delete balik..ish3..i'm a bad girl lah..bila ntah nk berubah perangai ni..=)

Wednesday, May 26, 2010

:; hatiku sudah tidak keruan ::

dah 2 hari tak sembang dengan dia..
perasaan ni dah mula tidak keruan..
apakah maksud perasaan ini? rindukah?
tidak mungkin...jangan fani!
jangan kau berharap pada sesuatu yg belum pasti..

nak mulakan menegur tapi takut tidak dilayan...
dia sudah sibuk dengan kerja..
ahh..sudah lah fani..cukup-cukup lah tu..
jangan nak pasang angan2 pulak..
nanti runtuh angan2 tu..

p/s - maaf,aku punya hati dan perasaan..aku akan cuba untuk mengawal perasaan ini..

:: bibikku punya lagu ::

bibik : ♪mlm ini, ku sendiri,tak ada yg menemani,seperti malam-malam,yang sudah2♪
aku : *lagu apa bibik nyanyi ni?xsdapnye*
bibik : ♪tuhan kirimkanlah aku,kekasih yg baik hati..♪
aku : bibik! ni sape nyanyi? bestnye!!
bibik : ahmad dani tp bibik tak ingat tajuk lagunya..
aku : (dengan pantas amik laptop cr kat youtube ahmad dhani)...(ahha!! dah jumpa!)

aku suka lirik yg part chorus..tuhan kirimkanlah aku kekasih yg baik...tu jek.huhu...

p/s - tajuk lagu munajat cinta drp ahmad dhani..drp tgh hr td smpai skang ni asyik ulang lagu yg sama...lirik 2 penuh makna kowt~ huhu =)

Tuesday, May 25, 2010

:: jangan bilang tidak ::

by Raffi Ahmad & Ayushita

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak


p/s - time skang ni tak boleh tido maka d hayati lirik lagu ni..sedang menghayati lagu ini,tiba2 terpikir pasal si dia.maka,lagu ini kutujukan khas untuk si dia...
*apa aku mengarut tgh2 mlm buta ni?*