Saturday, March 27, 2010

:: Semoga aku lah "pencuri" tulang rusuk dia ::

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Monday, March 1, 2010

:: impian baru..hasrat baru ::

sony ericsson w580i & camera DSC-T700/N cybershot

hasrat 2010 nak memiliku kedua2 bnda ni..even hp tu x penting tp nampak lawa gle..n kamera tu sgtlah penting ble da praktikal nnt. ini serius! x tipuuu...oh abahku..tlg lah memahami hasrat anakmu ini utk memiliki kamera tu..hp guna duit fani sndiri xper,tp ms bday fani nnt abah topup lah duit baki selebihnye...plissssss T__T



Memory : Memory Stick Micro™ (M2™) support (up to 2 GB) 12 MB* memory
Price : RM400-RM500



• 4GB Internal Memory
• 10.1 Mega Pixels with Super HAD CCD
• Carl Zeiss Vario-Tessar Lens with 4x Optical Zoom
• 3.5" Full Wide Touch Screen LCD
• BIONZ Image Processing Engine
• Double “Anti-blur” Solution: Optical SteadyShot and ISO 3200 High Sensitivity
Price : RM1500

oh..total sumer nk dkat rm2000 beb! botak kepala abahku..adui..


****counting duit dlm tabung****

ahha! total sumer.........jeng3~




RM 156.40...hoyeah2!

harapan lah nk dpt kamera mcm ni...aduss~