Tuesday, July 20, 2010

:: talk to the hand! ::

berputus harapanlah pada 'benda' yg belum pasti dan mungkin tidak akan menjadi hak milik diri sendiri sebelum hati terluka dan sedih...
walaupun rindu dtg tiba2 tapi kalau 'dia' bukan utk dimiliki berserahlah hati ni pada Tuhan Yang Esa...

Friday, July 9, 2010

:: mutiara kata 1 ::

seandainya kita dicipta untuk menjadi satu...

pasti suatu ketika kita akan bertemu...

seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu...

walau dekat selalu kau tidak akan menjadi kepunyaanku =)

:: love this song >.< ::

berpisah kerana Allah...syukur kerana Allah masih sayangkan aku.syukur kerana Allah telah menunjukkan aku jalan yg betul.syukur kerana aku masih belum tersasar jauh dr landasan yang diberikan oleh-Nya...

kita memang harus berpisah untuk menjaga diri utk mengharungi hidup dalam redha Ilahi...=)

Wednesday, July 7, 2010

:: untuk renungan bersama part 2 ::

surat buat wanita Islam daripada lelaki mukmin sejati =)

ratuku...
ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah.
kebimbanganku ini masih menebal apabila kudengar dengungan kumbang perosak yg cuba menyedut madumu walau tanpa relamu.
kebimbanganku bertambah lagi bila kumelihat bunga yang tak segan silu melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku, kerana apa yang kulihat hari ini semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh.
bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara safa dan marwa.
bukan juga sesetia Ainul Mardhiya menanti kekasih di pintu syurga.
akuilah hakikat yang tersurat bahawa engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah.engkau bukan A'ishah bukan juga Rabi'atul Adawiyyah wanita suci terpuji.
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa.
cukuplah sekadar kau ciba mencontohi bunga-bunga itu.
kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga.
jangan kau risau ratuku.kadangkala musim berganti.sehingga bunga tak dapat berkembang mekar.tapi itu hanya ujian buatmu.
esok musim bunga pasti akan tiba dan kau akan mampu berkembang lagi.
cuma yang kuharapkan ketika itu kau jaga kelopakmu itu jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi.
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu.jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu.kerana kau ratu idaman kalbu.
aku bukanlah memandang kecantikanmu walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya tapi bukan itu yang ku harapkan.
aku yakin masih ada sinar harapan yang akan membuatku tersenyum lega kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu.


petikan daripada youtube~

:: untuk renungan bersama part 1 ::

pagi tadi masa tgh cari zikir lazim kat youtube tiba2 terkeluar tajuk "jika aku jatuh cinta" dekat list tepi youtube tu.aku pon try lah bukak.aku tgk,lihat dan baca smpai habis bait2 kata yg ada kat situ.sangat menyentuh perasaan.dah lama aku tak tgk doa2 macam tu.utk renungan kita bersama,kat sini aku tulis balik bait2 kata yg murni tu.atau mungkin lebih sesuai dipanggil sebagai satu doa..renungkan dan selamat beramal~

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu,

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu,

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirMu,

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu,

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,

Amin Ya Rabbalalamin~

Monday, July 5, 2010

:: rehat ::

dah sampai masanya aku perlu berehat...








aku dah penat...letih dgn segala benda....

Sunday, July 4, 2010

:: jauhkan mereka daripa aku ::

dulu dia hadir bila aku tak perlukannya di sisi...
dulu tanpa dia aku boleh hidup dengan baik...

tapi sekarang,bila aku perlukannya...dia hilang.
seolah-olah mahu menjauhkan diri...
kenapa kaum ini suka bermain dengan perasaan?
bila nak mereka datang...
bila tak nak mereka pulaukan kami...

adakah mereka dijadikan seperti begitu?
atau aku yang terlalu taksub dengan cinta?

oh Tuhan...sungguh hebat ujian-Mu keatas ku...
bila akan berakhir perasaan seperti ini?

alangkah bagusnya kalau aku menangis setiap malam kerana Mu ya Allah...
alangkah bagusnya kalau hati ni sentiasa cinta pada Mu ya Allah...
dan alangkah bagusnya jika aku sentiasa ingat pada Mu ya Allah...

dan aku memohon kepada Mu ya Allah...
jauhkanlah mereka daripada aku...
dan jauhkanlah aku daripada mereka...

kuatkanlah iman ku...
keraskanlah hati ku bila dia hadir menegurku...
sesungguhnya aku tak mahu terus disakiti...
aku tak mahu terus menangis kerana sang lelaki yang tidak tahu menghargai seorang perempuan...

hanya satu soalan yang ingin ku tujukan kepada Mu ya Allah...

bila akan berakhirnya ujian seperti ini terhadap ku?

Saturday, July 3, 2010

:: tak habis2 nak menyusahkan orang ::

aku ni mmg suka nyusahkan org lah...
sebab aku org lain dapat malu...
urgh~




maaf pada yg berkenaan...
ada hikmahnya jd mcm ni...
kuiz2 yg disiarkan di laman2 web semuanya dusta belaka!


no more quizzes afta dis...NOKTAH!

:: berubah menjadi yg lebih baik ::

aku ingin berubah menjadi yg lebih baik...
seperti seorang muslimah yg solehah mungkin?
jgn slh paham...bukan terus berubah drp pakai baju-T dan seluar ke jubah.bukanlah terus menukar dr tudung segi tiga ke tudung labuh.hati ni belum terbukak lagi utk ke arah itu.perlahan-lahan kita kayuh k =)

apa yg dimaksudkan berubah menjadi yang lebih baik ialah...

first skali...solat kena jaga.
second...bnyk kan amalan2 yg Rasulullah SAW selalu buat.
third...hormat mak ayah,adik beradik,org lain.
seterusnya...jaga pergaulan dengan kawan2.
dan jadilah matang.matang dr segi pemikiran,fizikal.jgn kuat melenting.dengar nasihat yg diberikan.insya Allah ;)

:: kenapa? ::

aku selalu tertanya-tanya...kenapa org yg baru putus cinta tak sampai setahun even sebulan boleh dapat pengganti lain? senang sgt ke hati kita ni bagi kat org lain yg sudah semestinya belum tentu hati kita milik dia?bercinta bagai nak rak bertahun-tahun tp putus di tengah jalan.lepas tu cari pengganti lain.tak ikhlas ke cinta yang dia bagi kat pasangan dia sebelum ni? janji nak sehidup semati.janji nak jadikan dia sebagai suami atau isteri.janji nak bina mahligai indah.bina harapan nak berapa anak.kalau dah syg cinta semuanya indah.yang perangai buruk pon dianggap baik.mudah kan bagi dorang bg kasih syg sesuka hati?macam tukar baju pon ada gak.kalau nak,die pakai.kalau tak nak,campak jek baju tu sesuka hati.tak pon sedekahkan kat orang lain.

dan kenapa plak ada yang putus cinta smpai betahun-tahun pon tak dapat pengganti lagi?adakah die btol2 syg,cinta dan setia pada pasangan die sebelum ni? mungkin ya.peratus kebenaran dlm 80%.lagi 20% mungkin die dah tak percaya pada lelaki?mungkin dia dah serik utk bercinta?

yang dah lama hidup single semestinya takut utk bercinta lagi sbb adanya makhluk2 yang tak hargai dengan kehadiran mereka di sisi.takut dikecewakan sekali lagi mungkin?tapi...dlm diri mereka ada keinginan utk mencari pasangan.siapa yang tak nak diberi kasih sayang dan memberi kasih syg kepada org lain?semua orang nak.cuma mereka bukanlah jenis yang suka bg hati dia sesuka hati kat orang lain.hati ni hanya utk org yg layak menerima sahaja.cuma kita tak tahu bila dan siapa akan hadirnya org yg istimewa yang akan memiliki hati kita yg tulus ikhlas ni.sungguh istimewa kan orang tu?

dan...ada hikmahnya bila seseorang yang belum mendapat pasangan hidup lagi.antaranya...Allah syg sgt dekat hamba Dia.Dia nak memelihara umatNya dari dibelenggu dosa.bila bercinta,kita rasa dunia ni milik kita.apa yang kita buat dengan pasangan,kita dah tak nampak orang lain.nak dapatkan cinta yg diredhai Allah sangat2 susah.maka,eloklah jika kita bercinta selepas berkahwin.tapi tu pon susah jgk.dunia sebenar dan dunia novel sgt2 berbeza.novel kita dah tahu pengakhiran cerita dia.tp dunia yg hakiki ni ada yg smpai berpuluh2 tahun baru jumpa pengakhiran yg gembira.

dan...aku tertanya-tanya...apa cerita pengakhiran aku nanti?sedih ke? gembira ke? dan aku tak tahu apa yang Allah akan uji aku nanti.wallahu'alam...






untuk seseorang yang sy belum tahu siapa yg akan menjadi org yg sangat2 istimewa dalam diri sy...

"You`ve opened my heart...I was always thinking that love was wrong...But everything was changed when you came along...i pray we are together in jannah"
=)